YOUR VOICE, OUR ACTION

" i CARE, i SHARE, i SERVE "

Saturday, January 19, 2013

Menjelang PRU13

PRU 13

Menjelang PRU 13, PPP Negri Kelantan dibawah kepimpinan Pengerusi PPP Negri Kelantan, Datuk Haji Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Wanita PPP Negri Kelantan , Datin Dr Suriani bt Yahya, telah mensasar beberapa kawasan dimana PPP berpengaruh dan boleh ketengahkan " calon boleh menang" atau " winnable candidate". Berdasar keyakinan yang pengundi akan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional, PPP Negri Kelantan telah menubuhkan  barisan kepimpinan yang di ketuai Naib Presiden PPP Malaysia, Datuk Nik Sapeia untuk bersama sama berjuang dalam Barisan Nasional demi memasti kemenangan dan pertukaran Kerajaan Negri Kelantan dan untuk memasti kerajaan pusat terus kekal bawah pemerintahan BN dengan majoriti melebihi dua pertiga.

PPP telah menyerang pihak lawan dan berjaya meraih dan menawan penyokong penyokong dari kalangan ahli ahli dan penyokong parti PR didalam kubu mereka. PPP telah dijemput untuk bersama rakyat memberi penjelasan tentang isu semasa di kampung2 di seluruh Negri Kelantan, terutama di Kuala Krai, dimana Datuk Nik telah berjumpa rakyat hampir diseluruh kawasan Kuala Krai.

Di setiap Kampung, sambutan dan kebangkitan semangat rakyat telah menarik ratusan orang kampung untuk menyokong perjuangan Datuk Nik untuk masa depan Agama , rakyat dan Negri Kelantan. Di setiap Kampung, penduduk kampung telah berikrar untuk bersama sama Datuk Nik memperjuangkan nasib masyarakat tempatan dan menyokong BN.






























Dengan laungan " NASRUN MINNALLAH ALLAHUAKBAR!!! " bermaksud mendapat pertolongan daripada ALLAH, ALLAH Maha Besar, In sya Allah perjuangan PPP dan BN akan mendapat kemenangan besar di Negri Kelantan, Negri Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negri yang asalnya dibawah takluk Tuanku Che Siti Wan Kembang.