YOUR VOICE, OUR ACTION

" i CARE, i SHARE, i SERVE "

Tuesday, June 24, 2008

Yong tidak patriotik, pentingkan diri

Sinar Harian : Manzaidi Mohd Amin
Selasa 24 Jun 2008

Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) menyifatkan tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee keluar daripada Barisan Nasional (BN) sebagai tidak patriotik dan mementingkan diri sendiri.

Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, sebagai ornag lama dalam politik dan berjuang bersama BN selama ini, adalah tidak wajar bekas Ketua Menteri Sabah itu berbuat demikian hanya kerana kemerosotan sokongan rkyat pada pilihan raya umum Mac lalu.

Katanya, sukar bagi PPP menerima kenyataan SAPP akan keluar daripada BN, kerana parti itu sentiasa mendapat perhatian khusus daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelbagai perkara termasuk pembangunan rakyat di negeri itu.

“Walapun Pak Lah berdepan tuntutan penambahan kerusi daripada parti-parti komponen BN yang lain, tetapi beliau tetap mengutamakan SAPP dengan memperuntukkan enam kerusi, iaitu dua parliamen dan empat DUN.

“Sepatutnya Yong berterima kasih kerana mendapat layangan istimewa daripada Perdana Menteri berbanding PPP yang kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan DUN berikutan kuotanya diberikan kepada parti lain. Kita tetap bersyukur dan tidak mengambil keputusan untuk keluar daripada BN,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Nik Sapeia berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang teras perjuangannya menjaga kepentingan rakyat, Yong perlu menunjukkan sikap matang serta dewasa demi memastikan kebajikan Negara terus terjamin.

Kata beliau, PPP tetap setia dengan pucuk kepemimpinan BN dan tidak akan sekali-kali mengikut jejak SAPP yang disifatkan sebagai perbuatan ornag kecewa dan tidak berpendirian.

“Setakat ini PPP tidak ada masalah dengan kepemimpinan BN walaupun beberapa tuntutan kita untuk mendapatkan semula kuota kerusi Parlimen dan DUN tidak dipenuhi. Kita tidak kecewa, malah susah senang, kita tetap bersama BN,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama PPP Pusat turut tidak bersetuju dengan kenyataan Yong yang mahu Kerajaan Pusat menghapuskan sikap melayan negeri-negeri sebagai ‘bapa kepada anak’, sebaliknya perlu melihat negeri-negeri sebagai rakan sebaya.

Katanya, semangat persaudaraan yang diterapkan BN kepada parti komponen tidak perlu dipertikaikan kerana terbukti hubungan mesra yang terjalin antara Kerajaan Pusat dengan negeri selama ini diterima semua pihak.

“Kenapa baru sekarang iaitu ketika BN kehilangan lima negeri dia (Yong) hendak mempertikaikan. Kenapa tidak dahulu? Ini menunjukkan dia bukan pemimpin bersemangat patriotic. Dia hanya mementingkan diri.

“Ketika senang, dia mendabik dada. Tetapi ketika susah, dia melarikan diri. Ini bukan sikap seorang pemimpin,” katanya sambil mengajak seluruh ahli PPP agar berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.

1 comment:

Anonymous said...

Yong Teck Lee has no principles. If he wants to leave ... let's send him a goodbye note... 14 component parties is not 'ong' for Pak Lah. Now he can have his lucky number 13 ..... in BN. Pak Lah ..your dream comes true...quickly accept before Yong change his mind.