Majlis Perkahwinan Nik Abdul Matin Faliq Bin Datuk Nik Sapeia
dan
Sapinah Muhammad
"Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon doa dan restu-Mu. Berkati lah majlis ini. Limpahkan Berkat dan Rahmat-Mu atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadap-Mu. Kurnikanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan terhadap mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini. Semoga majlis ini berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau kehendaki dan semoga jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin Ya Rabbal Alamin."
Barisan khemah menunggu ketibaan tetamu |
Akhirnya, hari istimewa yang di tunggu tunggu tiba jua, Si Uda, Nik Abdul Matin Faliq dengan Si Dara, Sapinah Binti Muhammad bertemu jua di pelamin yang mengesahkan ikatan mereka sebagai sebagai suami isteri.
Teruna melangkah gagah di iring Ayahanda dan Adinda tersayang |
Melafadz akad nikah bersaksi Mufti Perak |
Khusyuk mendengar khutbah Mufti |
Memanjat Syukur kehadrat ALLAH SWT |
Ayahanda dan Bonda ceria mengiring pengantin |
Mas Kahwin berbentuk emas tulen sebagai mahar |
Cincin delima disarung ke jari manis |
Tangisan tanda gembira |
Keluarga turut gembira |
Mula doa berkat, penutupnya amin,
Jari lentiak memukul gendang,
Mempelai berangkat di atas pelamin,
Sama cantik, sama padan.
Puteri Diraja,YM Dato' Tengku Rozan dan YM Dato' Tengku Salwani bt Al Marhum Sultan Yahya Petra di iring hulubalang ke astaka |
Majlis perkahwinan dirancang dan dirangka penuh cermat serta teliti oleh seluruh ahli keluarga yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 tetamu bertandang meraikan, merestui dan memeriahkan pasangan mempelai ini.
Akibatnya berlaku kesesakan lalu lintas selama lebih 4 jam dengan jarak 20 kilometer daeri Machang-Kuala Krai ke Tanah Merah- Jeli.
Bak kata orang dulu;
Yang jauh datang bertandang,
Yang dekat datang sekampung,
Menyahut jemputan yang dicanang,
Perkahwinan yang akan berlangsung.
Sebanyak 99 buah khemah dengan lebih 10000 kerusi disediakan di kawasan seluas 50 ekar untuk memberikan keselesaan kepada para tetamu yang hadir menyaksikan secara dekat pasangan pengantin ini,
Pelamin indah ilham Ayah Bonda |
Majlis istiadat perkahwinan Nik Abdul Matin Faliq dengan isterinya, Sapinah Muhammad bermula dari jam 11 pagi dengan akad nikah yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negri Perak, bersaksikan ahli keluarga. Ia diikuti majlis Persembahan Mahar kepada pengantin perempuan serta menyarung cincin perkahwinan oleh pengantin. Jamuan bermula dari 12 tengah hari hingga 6 petang.
Perkahwinan mereka disulam dengan perarakan yang amat meriah yang terdiri secara simbolik 40 Dayang Dayang Cik Siti Wan Kembang yang melambangkan KEMESRAAN dan KELEMBUTAN JELITA, 80 hulubalang Cik Siti Wan Kembang yang melambangkan KEKUATAN SEJAGAT, dan diikuti sepasang gajah perkasa yang melambangkan KEGAGAHAN.
Dayang2 penyeri barisan |
Hulubalang memberi kekuatan |
Sepasang Gajah melambang kegagahan |
Turut mengiring pengantin |
Gagah bagai Perwira, megah mendahulu pengantin |
Pengantin tiba menaiki kereta Cadillac Limosin |
Pengantin dikapit dan dipayung oleh ahli keluarga |
Bersama YBhg Tan Sri Harrusaini ,Mufti Negri Perak dan Puan Sri, serta YB Dato' Sri Mustapha Mohammad |
Antara tetamu kehormat yang hadir menyerikan majlis ialah dua kerabat diraja Kelantan iaitu Yang Amat Mulia Dato' Tengku Rozan Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan adindanya, Yang Amat Mulia Dato' Tengku Salwani Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Turut hadir menyaksikan dan mendoakan majlis gilang gemilang ini ialah Yang berbahagia Tan Sri Dato' Harussani Zakaria, Mufti Negri Perak, serta tokoh tokoh agama dari Selatan Thailand dan Bangkok.
Ibarat; Harum semerbak bunga rampai,
Sekuntum mawar sudah disunting,
Duduk keliling tetamu yang ramai,
Melihat pengantin duduk bersanding.
Para Ulama dari Selatan Thailand berselawat merdu sekali |
Turut merestukan majlis penyatuan pasangan secocok ini adalah seramai 50 alim ulama imam masjid dari Selatan Thailand yang mendengarkan selawat buat junjungan kita Rasulallah SAW agar majlis diberkati ALLAH SWT dan sebagai melambangkan KEAGAMAAN, KEIMANAN, KETAKWAAN dan KEISLAMAN.
Gajah turut memberi hormat kepada raja sehari |
Gajah yang gagah turut tunduk memberi hormat kepada raja sehari |
Majlis Perkahwinan dan Persandingan ini diadaptasi daripada adat istiadat perkahwinan diraja ketika pemerintahan Cik Siti Wan Kembang iaitu Raja Perempuan pertama yang memerintah Kelantan. Sesuai di laksanakan di Negri Tanah Serendah Sekebun Bunga, iaitu jolokan Negri Cik Siti Wan Kembang. Ia bakal menjadi tatapan sejarah kepada generasi dulu, kini dan akan datang.
En Nik Raisnan Hj Daud membaca pengistiharan Perkahwinan |
Pengantin segak dipersada cinta |
Persembahan silat menyeri majlis |
Ucapan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof , Ayahanda pengantin menyentuh hati |
Dayang2 menabur bunga rampai |
Bonda tersayang menyuap pulut semangat |
Doa semoga diberkati ALLAH SWT |
Barisan Pengiring |
Dua pasukan musik tradisional asli Kelantan, iaitu satu kumpulan Gendang Simfoni dari Ulu Kelantan dan kumpulan musik Silat dari Pasir Putih serta sebuah kugiran Polis Diraja Malaysia, telah diundang khas untuk menceria majlis dengan menghibur mempelai dan tetamu yang hadir dengan mendendangkan musik tradisional dan lagu lagu romantis.
Tetamu juga dihidangkan dengan jamuan dan menikmati juadah dan lauk pauk serta kuih muih yang dimasak secara gotong royong oleh tukang tukang masak tersohor Kelantan.
Gambar kenangan dipelamin yang berhias kayu ukiran tradisional Kelantan |
Bergembira menaiki gajah bersama adinda tersayang. |
Pembinaan Putera Valley Hotel and Resort yang berdiri kemas di atas Tanah Serendah Sekebun Bunga ini dijangka siap sepenuhnya awal tahun 2013. Paling manis, reka bentuk hotel dan resort ini diilhamkan sendiri dan dibina oleh Nik Abdul Matin Faliq dan ayahandanya , Datuk Nik Sapeia.
Putera Valley yang memberi makna Lembah Putera dipilih oleh Datuk Haji Nik Sapeia dan Datin Hajjah Dr Suriani bagi melakar sejarah manis keluarga dan pasangan pengantin untuk sekali dalam seumur hidup.
Umpama;
Tunduk segala rakyat jelata,
Memberi takzim raja sehari,
Raja rupawan di atas takhta,
Duduk memerintah barang sehari.
Cucunda, Nik Maharich santai selepas majlis |
Abdul Matin Shah Sapeia bersama saudara mara melompat tanda gembira sempurna sudah hari bahagia |
Senja melabuh tirai hari bersejarah buat Faliq dan Sapinah Semoga bahagia sehingga akhir zaman |
Semoga ALLAH SWT mengurniakan kebahagiaan sehingga ke akhir zaman. Terima Kasih |
WebRep
Overall rating
This site has no rating
(not enough votes)
No comments:
Post a Comment