YOUR VOICE, OUR ACTION

" i CARE, i SHARE, i SERVE "

Thursday, July 3, 2008

Jangan buat spekulasi kes Anwar-Saiful

Sinar Harian : Khamis 3 Julai 2008
Manzaidi

Pemimpin politik dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak berhubung dakwaan liwat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PARTI Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, setiap kenyataan daripada pemimpin politik yang dibuat berdasarkan andaian dari sejarah lampau, boleh menjurus kepada suatu bentuk tuduhan tidak berasas.

Katanya, bagi menyelamatkan keadaan dan menjaga kepentingan kedua-dua pihak, adalah lebih baik mereka menyerahkan kes itu kepada Anwar dan Mohd Saiful untuk mencari jalan penyelesaian.

“Tak perlulah kita bertindak menjadi polis atau hakim sekarang. Sebah apa yang kita lakukan itu secara tidak langsung mengganggu siasatan polis dan hospital.”

“Kita ada undang-undang menyelesaikannya. Ataupun kaedah lain ialah biar Anwar dan Mohd Saiful saja yang selesaikannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Berhubung kes itu, Nik Sapeia yang juga Pengerusi Biro Agama PPP Pusat berkata, beliau sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin parti politik yang terlalu ghairah bercakap mengenai sesuatu isu panas.

Sedangkan katanya, dalam isu kenaikan minyak yang menjejaskan ekonomi rakyat, ramai di kalangan mereka todak tampil untuk memberi pembelaan.

“Banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu diberi tumpuan oleh mereka terutama berkaitan taraf socio ekonomi rakyat yang kini semakin tersempit berikutan kenaikan harga minyak.

“Jangan kerana kes Anwar-Mohd Saiful, kita merasakan isu kenaikan harga minyak sudah selesai dan rakyat telah melupakannya,” katanya.

Sementara itu, dalam kembangan berkaitan, beliau meminta Ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Negara supaya lebih berhemah dan membangkitkan isu berkaitan kepentingan rakyat.

Katanya, ada sesetengah Ahli Parlimen langsung tidak menunjukkan etika sebagai wakil rakyat sejati ketika berada dalam dewan.

“Memang wajar kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menilai persidangan Dewan Rakyat seperti pasar.”

Ini kerana kebanyakan wakil rakyatnya terutama daripada pembangkang mengambil peluang itu untuk menuding jari mencari kesalahan kerajaan, sedangkan mereka harus menggunakannya untuk memberi cadangan atau pandangan,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Tak dinafikan dato seorg tokoh wibawa. Hanya pucuk pi,pinan yg buta. Tak pandai menilai antara kaca dgn kemala. Saya setuju dgn mesej2 yg dihantar oleh rakyat malaysia mgenai dato. Dato harus bangkit mulai hari ini. Saya janji akn bantu naikkan dato melalui akhbar. Sekali lg tahniah pd dato. Pejuang sebenar rakyat malaysia.

Anonymous said...

Ana Da baca sinar. Kenyataan sorang tokoh pemimpin yg bernas.

Anonymous said...

InsyaAllah...
Sabar dan istiqomah...
Suci dan iklas...
Sungguh iaitu benar...
Semoga Datuk :

* bertambah harta.
* semakin mulia.
*mnjadi pemimpin yg berjaya.

Ya Allah, makbulkanlah doa Datuk Nik...

Anonymous said...

Satu pndngn dari seorang pemimpin yg bjksana dn brwibawa. Inilah sebenarnya hak rkyt nak. Telus, Benar, Brwawasan. Parti/prjuangan untuk rkyt. Isu Anwar hak dia. Isu minyak hak semua. Hidup PPP. Hidup Datuk Nik. Kuala Krai ada ruang luas utk perjuangan begini... Tahniah !!!

Anonymous said...

Datuk ...now we know there are so many 'busy body' and 'upstairs got nothing' politicians ...all jumping into the topic of SO...DO...MY

We did not elect politician to comment on this sort of matter. If somebody f*** somebody or play somebody belakang... it is for the two party to fight it out.
If they have no shame ...they can fight it out in court and tell the whole world abt it.

A std answer for all politician will be... "it's their private affairs.. let the two fight in court if they want. This is totally unrelated to what we are here to serve our rkyt."

Jolly good of you to tell them off..